Salam buat semua.....

Picture
Seperti yang saya janjikan, maka kini terbitlah portal peribadi saya mengenai sesuatu yang sememangnya saya suka dan minat selama ini...Biologi.

Sebenarnya saya sudahpun mempunyai blog Biologi sebelum ini, namun disebabkan sudah lama tidak menulis dan mengemaskini blog berkenaan maka kini ianya sudah tidak dapat diakses lagi. Ruginya.....habis usaha saya selama ini.

Justeru, timbul idea untuk menerbitkan kembali blog Biologi seperti ini agar ianya dapat digunakan oleh bukan sahaja pelajar Biologi SMKDLP pada tahun ini tetapi untuk tahun-tahun yang akan datang juga. Semoga usaha murni saya ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Sebagai seorang guru...inilah sahaja sumbangan yang dapat saya berikan selain daripada menyampaikan ilmu di dalam kelas saban hari.


Picture